Wednesday, August 3, 2011

Library...Kreatifnya Manusia Di Luar Sana~~~

Salam...

Cakap fasal library (perpustakaan) kita mesti bayangkan sebuah bangunan besar yang terdapat banyak rak buku yang disusun di dalamnya dan susunan buku dibuat mengikut nombor panggilan yang pelbagai mengikut library masing-masing. Ataupun kita bayangkan sebuah mini library yang kita wujudkan sendiri dirumah samada di satu bilik khas atau sekadar sudut khas yang kecil.  Tapi sebenarnya  diluar sana ada pelbagai bentuk library yang mungkin tak terfikir oleh kita, tetapi diwujudkan oleh segolongan insan yang prihatin terhadap budaya membaca.  Malangnya semuanya berlaku di luar negara...agak-agaknya bila kita nak lihat orang tempatan kita yang sanggup buat library sebegini?

Lihatlah beberapa jenis library yang wujud di dunia ini......




Ini merupakan Tiny House Library yang diilhamkan oleh dua orang aktivis dalam bidang literacy di US iaitu Todd Bol dan Josie Pradella.  Ia kini menjadi program yang sedang meningkat popular di wilayah Winsconsin dibawah program Little Free Library.  Bermula dari suka-suka dan sukarela secara individu , Little Free Library kini sedang dalam usaha mengumpul 2, 510 populasi kawasan tempat tinggal yang mempopularkan Little Free Library ini.  Lihat http://www.littlefreelibrary.org/index.html



Pondok telefon lama juga dapat dimanfaatkan


Ini ialah basikal roda tiga milik Gabriel Levinson dari Chicago.  Beliau seorang yang cintakan aktiviti berbasikal dan membaca.  Bermula dari hobi, beliau mendapat ilham untuk memiliki mobile library sendiri dan akan membawanya ke mana-mana sahaja yang terdapat ramai orang.



Keldai pun berguna di pedalaman...


Lagi basikal roda tiga....


Negara kita untung ada banyak 'proper library'...bagi negara mundur seperti ini...apa saja yg boleh...


Tong surat lama pun kalau kreatif dapat menyumbang sesuatu...


Bila agaknya dapat lihat kejiranan di Malaysia ada amalan membaca sebegini?


Tak kira dimana...




Orang Malaysia sanggup tak beratur begini semata-mata nak dapatkan bahan bacaan?


Di kebun pun ada Little Free Library


Batang pokok pon boleh jadi library...


Bagi umat Islam, Allah SWT sendiri amat menekankan tentang membaca sehingga surah pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq ayat 1 hingga 5.

 Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah :
Terjemahan: 1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia
mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
 
 Jadi, tunggu apa lagi??? bacalah....dan jadikan amalan membaca satu budaya. Mulakan dengan diri kita sendiri... 

Wednesday, March 16, 2011

Jom Pelajari Bahasa Anak Mata...





Kali ini kita belajar sesuatu mengenai diri kita sendiri melalui maklumat yang di tunjukkan oleh anak mata seseorang…Apa pentingnya untuk tahu bahasa mata ini?

Banyak manfaatnya terutama sekali dalam mengetahui posisi yang betul anak mata kita ketika membaca dan menjawab soalan peperiksaan.  Ia ada kaitan dengan kemampuan otak ‘menangkap’ maksud bahan yang dibaca.

Jom kita bongkar satu persatu bahasa anak mata ini:-

1.     Apabila anak mata bergerak ke sebelah kanan atas, : IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCIPTA VISUAL BARU.

Contoh: Jika seseorang tidak pernah sampai ke London.  Tiba-tiba dia disuruh membayangkan betapa cantiknya kota London tersebut:- perhatikan anak matanya…dia pasti memandang ke arah atas sebelah kanan matanya.

2.    Apabila anak mata bergerak ke sebelah kiri atas: IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENGINGAT VISUAL YANG PERNAH TERAKAM DI MINDANYA.

Contoh: Jika seseorang diminta membayangkan warna pintu pagar rumahnya.  Anak matanya pasti memandang kea rah atas sebelah kiri matanya.

3.    Apabila anak mata melirik ke telinga kanan: IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCIPTA BUNYI-BUNYIAN/PENDENGARAN BARU YANG DIA SENDIRI BELUM PERNAH MENDENGARNYA.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana bunyi “Katak sedang menyanyi lagu kumpulan Search”.  Bayangkanlah cemana nak membuat gambaran bagaimana seekor katak boleh menyanyi….lagu Search pulak tu.  Jadi, perhatikan arah anak matanya….pasti akan melirik ke sebelah telinga kanan.

4.    Apabila anak mata melirik ke telinga kiri:  IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENGINGATI BUNYI-BUNYIAN YANG DIA PERNAH DENGAR.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana bunyi penggera keretanya.  Perhatikan anak matanya.   Ia pasti bergerak ke telinga kirinya.

5.    Apabila anak mata melihat ke kanan bawah (bahagian paru-paru):  IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCARI RASA/MENGHAYATI RASA DENGAN SENTUHAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana rasanya jika kita berada di sebuah gua gelap yang dipenuhi tahi kelawar?. Maka, perhatikan anak matanya pasti ke sebelah kanan paru-paru.

Seterusnya….

Manfaatkan pengetahuan mengenai bahasa anak mata tadi dari sudut pelajaran (terutama kepada anak-anak kita)

Contoh:

Bila kita menyuruh anak membaca buku…tiba-tiba kita lihat dia meletakkannya selari dengan bahagian dadanya.  Tetapi matanya melirik ke bawah.

Ini menunjukkan apa?

>> Dia bukan sedang mencipta visual terhadap apa yang dibacanya, tetapi apa yang ada dalam perasaannya ialah perasaan malas untuk membaca.  Keadaan ini juga menunjukkan bahawa dia sedang berdialog dengan dirinya akibat geram disuruh membaca buku (silent protest).

Jadi,

PASTIKAN BUKU ITU DILETAKKAN DISEBELAH KANAN ATAS SEDIKIT TANGAN untuk mula membaca.  Ini kerana, dengan berbuat demikian, dia sedang mencipta visual baru.  Maka maklumat yang terkandung di dalam buku tersebut akan terakam di mindanya.

Bila kita membaca buku dalam keadaan tunduk…kita sebenarnya membuka ruang untuk diri kita mengantuk dan seterusnya memilih untuk tidur…

Untuk menjawab soalan peperiksaan pula…macamana posisi betulnya???

Jika anak-anak atau diri kita sendiri ingin menjawab soalan peperiksaan, pastikan soalan tersebut diletakkan DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KIRI TANGAN. 

Apa manfaatnya?

>> Secara otomatiknya “visual recall” switch bagi subconscious memory akan di ‘tekan’…maka dirinya berada dalam keadaaan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut.


Bagaimana sekarang??? Cubalah lakukannya sendiri dan lihat hasilnya…

Sekian, wassalam.


How To Identify Polycarbonate Feeding Bottles To Avoid Hazardous

How To Identify and Use Feeding Bottles


The Health Ministry is distributing pamphlets on how to identify polycarbonate baby feeding bottles containing Bisphenol A (BPA) and guides on how to use BPA-free polycarbonate bottles.

Listed below are some of the ways to identify polycarbonate baby feeding bottles:

-       A polycarbonate feeding bottle is hard and transparent.
-       It can be identified through the plastic classification codes found on the botto, of the bottles follows:
a.    Number 7
b.    Number 7 and PC
c.     Number 7 and others
-       BPA (Bisponel A)-free bottles are usually labeled as “BPA-free”

Listed below is the guide on BPA bottle usage

-Sterilise the bottle following the instructions on the label or those provided by the manufacturer.  If none, the bottle should be submerged in boiling water for five to 10 minutes.

- Avoid pouring hot water directly into the bottle when preparing milk.

- Use appropriate cleaning utensil, such as a soft sponge and brush, to avoid scratching the surface of the bottle.

-Check the inner surface of the bottle regularly.  Replace if scratches are found or the feeding bottle in spoilt.  Feeding bottles, even those without scratches, should be changes every six months.

- There are several alternative baby feeding bottles in the market made from polypropylene, polyethersulfone, polyamides as well as glass.

For more information, you can contact the Health Ministry at 03-8883 3652/3653/3655 or visit

Sebab-sebab kenapa polycarbonate merbahaya untuk digunakan:

Ini kerana molekul yang terdapat di dalam polycarbonate adalah menyerupai molekul-molekul hormone yang terdapat dalam badan manusia.  Hingga system badan manusia hampir tidak dapat mengenalpasti yang manakah molekul hormon yang ‘asli’ dan yang manakah molekul polycarbonate.

Kesan dari kecelaruan ini, akan menyebabkan kerosakan pada hormon badan manusia.  Inilah antara sebab mengapa ada sesetengah orang yang mengalami pertambahan berat badan/obes, dapat mengurangkan berat badannya dengan begitu cepat manakala sesetengah orang pula sukar menurunkan berat badan walau pelbagai cara dilakukannya.  Juga mengapa sesetengah orang diusia yang muda lagi sudah terkena penyakit jantung.  Agen perosak hormon  juga terdapat pada cecair sapuan pada perabot.  Begitu juga kita digalakkan menjauhi jarak badan kita serta hidung semasa mengisi minyak di stesen minyak kerana menghidu bau minyak petrol juga dapat merosakkkan molekul hormon.

Sekian untuk info..

Tuesday, March 15, 2011

Terapi Air: Molekul Air Terbentuk Mengikut Tenaga Positif atau Negatif Yang Kita Ucapkan...

Assalamualaikum wbt...

Ingin saya kongsikan bersama maklumat bermanfaat pagi ini dengan satu lagi jenis terapi yang jarang-jarang kita dengar atau belum pernah mendengarnya.

Apa dia? Iaitu TERAPI AIR...

Sepertimana kita semua sudah sedia maklum, sebanyak 70% kandungan muka bumi ini adalah AIR.  Begitu juga dengan tubuh badan kita>>>70% daripadanya adalah AIR.  Kita memerlukan air setiap hari.  Tapi kita jarang mengambil tahu tentang manfaat air kerana ia telah menjadi sebahagian dari hidup kita.  Nak memasak kena guna air, nak minum kita cari air, nak membasuh, nak mandi...pendek kata, semuanya menggunakan air.

Perasan tak kalau sesetengah orang dalam masyarakat kita yang ingin menggunakan khidmat 'orang ketiga' dalam perawatan tradisional seperti contoh bomoh atau pun orang alim yang kita panggil 'ustaz', pun...mereka menggunakan air.  Sebab apa??? Ini kerana air mempunyai tenaga dan gelombangnya sendiri. Malah air juga hamba Allah yang boleh mendengar dan tetap berzikir dengan Penciptanya yang Maha Agong.

Jika kita dirundung kesedihan...ataupun dalam keadaan kurang sihat, sebenarnya kita boleh mengubati diri kita sendiri dengan cara memohon pada Allah Swt sebagai pencipta kita dan pemberi pertolongan yang tiada tolok bandingnya.

Bagaimana? dan apa kaitannya dengan air?

Mudah sahaja. Sebelum kita ingin tidur pada malam hari, sediakanlah segelas ataupun sebotol air lalu sebelum minum kita berdoa kepada Allah SWT dan ucapkanlah "Ya Allah, aku mohon supaya bantulah aku yang di dalam kesedihan/kesakitan/kebimbangan ini melalui air yang kuminum ini"  kemudian....bercakaplah dengan air yang ingin kita minum itu tadi (cukup sekadar diri sendiri mendengarnya.  Tak perlu cakap kuat hingga orang lain dengar bimbang diketawakan) dan cakaplah apa sahaja seperti contoh:

"Air...boleh tak bila kau masuk dalam perut aku ini nanti, kau tolong la adjust apa yang patut dalam perut aku ni.  Perut aku ni rasa tak selesa sejak semalam".  Kemudian minum seperti biasa. Tinggalkan sedikit lebihan air yang diminum itu supaya dapat digunakan semasa bangun dari tidur nanti.

Atau, kalau kita dalam kegelisahan disebabkan sesuatu perkara pun kita boleh bercakap dengan air tersebut seperti contoh:

"Air..air...aku ni sedang dalam kesedihan yang amat sangat sebab bos baru lepas mengamuk. Boleh tak bila kau masuk ke dalam tubuhku ini, kau tolong la hilangkan rasa sedih aku ni.." (Perlu diingat, nak bercakap dengan air pun, perlu dahulukan permohonan kepada Allah SWT).

InsyaAllah, jika kita jadikan ini amalan, kita akan dapat lihat hasilnya pada diri kita sendiri....

Nota:  Kita adalah apa yang kita fikirkan....oleh itu, sesuatu yang positif yang kita niatkan, ucapkan dan tanamkan dalam fikiran akan mempengaruhi hasil yang positif juga.  Namun, ada yang bertanya..."kenapa jika kita ingin melupakan seseorang, semakin kita lupakan, semakin dekat ingatan kita pada orang itu???"  Ini adalah kerana faktor 'Penarikan' yang terjadi.  Kita sebenarnya menyebut dengan lidah untuk melupakan orang itu.  Tetapi kita tidak niatkan dalam hati dan kita tidak fokuskan difikiran kita untuk melupakannya.  Apa yang terjadi, kita semakin 'menarik' orang itu dalam fikiran kita untuk diingati.  Jadi kalau ini terjadi, cubalah lakukan TERAPI AIR sepertimana di atas..molekul air itu sebenarnya boleh berubah-ubah gelombangnya mengikut ucapan dan niat positif atau negatif kita. Kita boleh lakukannya sendiri tanpa pihak ketiga.  Buat apa kita gunakan orang lain untuk memohon pertolongan Allah SWT kerana Allah sendiri suka jika hambaNYA memohon sendiri secara terus dariNYA.

* Satu lagi petua yang saya perolehi dari seorang pakar motivasi di radio IKIM fm, jika kita duduk-duduk ingin minum bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja, ucapkanlah perkara yang baik-baik dihadapan minuman tersebut. Ini kerana apa yang kita ucapkan akan mengubah molekul air yang terbentuk.  Sebab itu, jika disekolah pun, air minuman anak-anak yang kita bekalkan kepada mereka sebenarnya bagus untuk diri mereka kerana air itu akan menyerapkan tenaga positif dari ucapan guru-guru baik tersebut.  Maka guru juga sepatutnya mengucapkan perkara baik sepanjang masa dia mendidik.  Subhanallah....

Masih ragu-ragu???

Sila baca petikan dibawah ini yang membuktikan bahawa molekul air boleh berubah mengikut gelombang positif dan negatif....petikan dibawah saya petik dari sebuah blog "Islam Agama Ku"..

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.





                                                            Molekul-molekul air zam-zam

Monday, March 14, 2011

Benih 10 Kali Ganda: Konsep Sedekah Yang Orang Islam Tahu Tapi....??

Assalamualaikum wbt..





Kita biasa dengar mengenai "Kebaikan Bersedekah", tetapi sebagai seorang Islam, sedekah kita selalunya hanya terhad untuk mendapatkan pahala yang merupakan ganjaran di hari muka (akhirat).  Betul...niat dan konsep tersebut tidak ada salahnya.  Namun, kita selalunya menghadkan kebaikan itu cukup sekadar untuk 'dapat pahala' sahaja. Kita jarang berfikir apa lagi kebaikan yang dapat kita perolehi dari bersedekah ini.

Hingga ada sarjana Islam terkenal pernah berkata "Aku melihat Islam pada Barat, tetapi adakala aku melihat Barat itu ada pada Islam"...

Apa maksudnya?...Dalam konsep bersedekah, orang di negara barat yang tidak mengamalkan cara hidup Islam tahu mengenai ganjaran 10 kali ganda hasil dari pemberian sesuatu yang menjadi milik kita kepada orang lain dengan niat ingin membantu.  Ia dipanggil 'Ten Times Seed' atau Benih Sepuluh Kali Ganda.  Orang barat memberi kerana mengharapkan adanya kebaikan lain datang kepada mereka setelah mereka menghulurkan sedikit/sebahagian hakmilik mereka tidak kira dalam bentuk wang atau barangan.  Tetapi bagi orang Islam, mereka terlupa untuk memanfaatkan lagi kelebihan bersedekah itu untuk kebaikan diri mereka sendiri selain daripada mengharapkan pahala semata-mata.

Allah swt suka jika hambaNYA meminta sesuatu dariNYA...malah DIA tidak suka pada sikap sombong terutama jika kita sebagai hambaNYA tidak meminta terus dariNYA.  Sebenarnya, apabila setiap kali kita bersedekah, tidak kira kepada sesiapa pun (adalah lebih afdhal kepada kaum keluarga kita sendiri), sebelum memberi, kita niatkan di dalam hati dengan memohon pada Allah SWT agar dengan bersedekah itu, Allah kurniakan kebaikan yang kita hajatkan dalam hati.      

Misal contoh: Sebelum kita memberi duit sekolah kepada anak-anak kita pada hari itu, kita boleh niatkan     "Ya Allah, dengan rahmatMU dan keredhaanMU Ya Allah, dengan bersedekah ini KAU mudahkanlah pekerjaanku sepanjang hari ini" atau "Ya Allah, dengan rahmatMU dan keredhaanMU Ya Allah, dengan bersedekah ini, KAU sihatkanlah tubuh badanku ini kerana aku sering rasa keletihan dan kurang sihat"

Malahan, ia bukan terhad ketika hendak memberi duit sekolah kepada anak-anak sahaja, malah walau di mana pun dan kepada siapa pun kita bersedekah, gunakan peluang dan ruang itu untuk memohon ihsan dari Allah SWT...selain dari pahala, kita akan dapat lihat kesan 10 kali ganda itu pada diri kita sendiri.  Amalkanlah mulai hari ini dan saat ini...insyaAllah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang rajin meminta.

Tetapi...perlu diingatkan, setelah memberi, jangan diungkit pemberian kita itu. Ini selain dari konsep 'ketidakihklasan' yang kita tahu sudah pasti tidak membawa sebarang ganjaran pahala, ia juga sebenarnya menukarkan tenaga positif akibat bersedekah itu kepada tenaga negatif.  Kerana setiap perbuatan dan amalan mempunyai tenaga yang tersendiri.  Maka, bersedekahlah dengan seikhlas hati.

Sekian, mari kita sesama beramal.


Wednesday, March 2, 2011

Sesuatu Yang Kita Nak Sangat Tahu Tentang Intipati Al-Quran..

Persoalan 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an? Jawab: Surah at-Takwir.

 Persoalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an? Jawab: Surah Yasin.

Persoalan 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT? Jawab: Surah al-Ikhlash.

Persoalan 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib? Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Persoalan 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as? Jawab: Surah al-Fajr.

Persoalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ? Jawab: Surah an-Nur.

Persoalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh? Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Persoalan 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama? Jawab: Surah al-Fatihah.

Persoalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid? Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Persoalan 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw? Jawab: Salman al-Farisi.

Persoalan 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an? Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Persoalan 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali? Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Persoalan 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan? Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Persoalan 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan? Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Persoalan 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan? Jawab: Surah an-Nisa'.

Persoalan 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'? Jawab: Surah al-Kautsar.

Persoalan 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as? Jawab: Surah al-'Adiyat.

Persoalan 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan? Jawab: Sepuluh tahun.

Persoalan 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi? Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Persoalan 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"? Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Persoalan 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an? Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Persoalan 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an? Jawab: Siti Maryam.

Persoalan 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw? Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Persoalan 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an? Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Persoalan 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah? Jawab: Surah al-Maidah.

Persoalan 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan? Jawab: Surah al-Ikhlash

Persoalan 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah? Jawab: Surah ar-Rum.

Persoalan 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab? Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Persoalan 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah? Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Persoalan 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan? Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Persoalan 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya? Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Persoalan 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan? Jawab: Dalam 305 ayat.

Persoalan 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan? Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Persoalan 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as? Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Persoalan 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik? Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Persoalan 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw? Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Persoalan 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis? Jawab: Surah Saba'.

Persoalan 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan? Jawab: Surah al-'Alaq.

Persoalan 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan? Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ? Jawab: Surah al-Fatihah.

Persoalan 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah? Jawab: Surah al-Muthaffifin. Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an? Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Persoalan 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam? Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Persoalan 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah? Jawab: 4 surah.

Persoalan 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Persoalan 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Nabi Musa as.

Persoalan 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)? Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Persoalan 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw? Jawab: Surah al-Isra'

Persoalan 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an? Jawab: Siti Maryam.

Persoalan 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya? Jawab: Surah an-Nur.

Persoalan 52: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as? Jawab: Surah al-Kautsar.

Persoalan 53: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"? Jawab: Surah an-Nisa'.

Persoalan 54: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang? Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Persoalan 55: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah? Jawab: Burung Ababil.

Persoalan 56: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud? Jawab: Nyamuk.

Persoalan 57: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu? Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Persoalan 58: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw? Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Persoalan 59: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an? Jawab: Sa'id bin Jubair.

Persoalan 60: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an? Jawab: Imam Ali as.

Persoalan 61: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an? Jawab: Air susu.

Persoalan 62: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Nyamuk.

Persoalan 63: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an? Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Persoalan 64: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an? Jawab: Tartil.

Persoalan 65: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan? Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Persoalan 66: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)? Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Persoalan 67: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an? Jawab: Imam as-Sajjad as.

Persoalan 68: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"? Jawab: Surah Yasin.

Persoalan 69: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek? Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Persoalan 70: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an? Jawab: Bulan Ramadhan.

Persoalan 71: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an? Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Persoalan 72: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Persoalan 73: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)? Jawab: Nahjul Balaghah

Persoalan 74: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Persoalan 75: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Huruf alif.

Persoalan 76: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Huruf zha'.

Persoalan 77: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa? Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Persoalan 78: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang? Jawab: 25.500 huruf.

Persoalan 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek? Jawab: 42 huruf.

Persoalan 80: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan? Jawab: Di Makkah.

Persoalan 81: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib? Jawab: Surah as-Sajdah.

Persoalan 82: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"? Jawab: Surah al-Ikhlash..

Persoalan 83: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali? Jawab: Surah Hud ayat 86.

Persoalan 84: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an? Jawab: Surah Yasin.

Persoalan 85: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat? Jawab: Surah Fathir.

Persoalan 86: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan? Jawab: 13 tahun.

Persoalan 87: Apakah hiasan Al-Qur'an? Jawab: Suara yang indah.

Persoalan 88: Apakah musim semi Al-Qur'an? Jawab: Bulan Ramadhan.

Persoalan89: Apakah zikir terbaik? Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Persoalan 90: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat? Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Persoalan 91: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw? Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56 " wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu....... Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..... .ampunkan dosa2 kami, kedua ibubpa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...amin..

Tuesday, March 1, 2011

Petua Bagaimana Melembutkan Hati Suami, Isteri, dan Anak

Semasa anak atau suami/isteri anda sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah  didoakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Sebagai tambahan, Ustazah Dato' Norbahiyah Mahmood ada memberi petua berikut: jika ingin suami/isteri dan anak lembut hatinya, amalkan ayat dari surah Al-Hasyr (ayat 21)

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

sumber:- pakarhowto.com