Wednesday, March 16, 2011

Jom Pelajari Bahasa Anak Mata...





Kali ini kita belajar sesuatu mengenai diri kita sendiri melalui maklumat yang di tunjukkan oleh anak mata seseorang…Apa pentingnya untuk tahu bahasa mata ini?

Banyak manfaatnya terutama sekali dalam mengetahui posisi yang betul anak mata kita ketika membaca dan menjawab soalan peperiksaan.  Ia ada kaitan dengan kemampuan otak ‘menangkap’ maksud bahan yang dibaca.

Jom kita bongkar satu persatu bahasa anak mata ini:-

1.     Apabila anak mata bergerak ke sebelah kanan atas, : IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCIPTA VISUAL BARU.

Contoh: Jika seseorang tidak pernah sampai ke London.  Tiba-tiba dia disuruh membayangkan betapa cantiknya kota London tersebut:- perhatikan anak matanya…dia pasti memandang ke arah atas sebelah kanan matanya.

2.    Apabila anak mata bergerak ke sebelah kiri atas: IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENGINGAT VISUAL YANG PERNAH TERAKAM DI MINDANYA.

Contoh: Jika seseorang diminta membayangkan warna pintu pagar rumahnya.  Anak matanya pasti memandang kea rah atas sebelah kiri matanya.

3.    Apabila anak mata melirik ke telinga kanan: IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCIPTA BUNYI-BUNYIAN/PENDENGARAN BARU YANG DIA SENDIRI BELUM PERNAH MENDENGARNYA.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana bunyi “Katak sedang menyanyi lagu kumpulan Search”.  Bayangkanlah cemana nak membuat gambaran bagaimana seekor katak boleh menyanyi….lagu Search pulak tu.  Jadi, perhatikan arah anak matanya….pasti akan melirik ke sebelah telinga kanan.

4.    Apabila anak mata melirik ke telinga kiri:  IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENGINGATI BUNYI-BUNYIAN YANG DIA PERNAH DENGAR.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana bunyi penggera keretanya.  Perhatikan anak matanya.   Ia pasti bergerak ke telinga kirinya.

5.    Apabila anak mata melihat ke kanan bawah (bahagian paru-paru):  IA MENUNJUKKAN SESEORANG SEDANG MENCARI RASA/MENGHAYATI RASA DENGAN SENTUHAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN.

Contoh: Jika seseorang ditanya tentang bagaimana rasanya jika kita berada di sebuah gua gelap yang dipenuhi tahi kelawar?. Maka, perhatikan anak matanya pasti ke sebelah kanan paru-paru.

Seterusnya….

Manfaatkan pengetahuan mengenai bahasa anak mata tadi dari sudut pelajaran (terutama kepada anak-anak kita)

Contoh:

Bila kita menyuruh anak membaca buku…tiba-tiba kita lihat dia meletakkannya selari dengan bahagian dadanya.  Tetapi matanya melirik ke bawah.

Ini menunjukkan apa?

>> Dia bukan sedang mencipta visual terhadap apa yang dibacanya, tetapi apa yang ada dalam perasaannya ialah perasaan malas untuk membaca.  Keadaan ini juga menunjukkan bahawa dia sedang berdialog dengan dirinya akibat geram disuruh membaca buku (silent protest).

Jadi,

PASTIKAN BUKU ITU DILETAKKAN DISEBELAH KANAN ATAS SEDIKIT TANGAN untuk mula membaca.  Ini kerana, dengan berbuat demikian, dia sedang mencipta visual baru.  Maka maklumat yang terkandung di dalam buku tersebut akan terakam di mindanya.

Bila kita membaca buku dalam keadaan tunduk…kita sebenarnya membuka ruang untuk diri kita mengantuk dan seterusnya memilih untuk tidur…

Untuk menjawab soalan peperiksaan pula…macamana posisi betulnya???

Jika anak-anak atau diri kita sendiri ingin menjawab soalan peperiksaan, pastikan soalan tersebut diletakkan DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KIRI TANGAN. 

Apa manfaatnya?

>> Secara otomatiknya “visual recall” switch bagi subconscious memory akan di ‘tekan’…maka dirinya berada dalam keadaaan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut.


Bagaimana sekarang??? Cubalah lakukannya sendiri dan lihat hasilnya…

Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment