Monday, February 21, 2011

Imej Nabi Isa a.s Di Atas 'Shroud of Turin'???

Apa itu Shroud of Turin?

Shroud of Turin

Shroud of Turin atau Kain Kafan Turin merupakan sehelai kain yang berukuran 14'3" x 3'7" (4.36m x 1.10m) yang dipercayai ramai sebagai kain yang membaluti tubuh mayat Jesus Christ atau Nabi Isa (dikalangan umat Islam) sebaik sahaja dia disalib.  Kain tersebut antara artifak sejarah yang paling hangat diperdebatkan dan melalui proses kajian yang cukup panjang.


Misteri dan Dongeng Mengenainya...
Berdasarkan kepada penganut kristian dan mereka yang mempercayainya,  kuasa ghaib telah membawa Jesus Christ kembali hidup melalui 'kebangkitan semula Jesus Christ' dan telah membuat kesan unik susuk tubuhnya di atas kain kafan tersebut. Hingga kini ia tetap menjadi misteri.

Petikan dari dokumentari 'Shroud of Turin' 2010


Mengikut Sejarah...

Dalam tradisi penganut kristian di barat, imej wajah Jesus Christ yang tertera adalah imej Edessa dan Veronica' Veil.  Ada juga yang mengatakan bahawa imej itu terjadi semasa Jesus Christ menyapu wajahnya pada kain tersebut.  Penemuannya mula direkodkan pada tahun 1354.  Kain tersebut dipercayai disimpan oleh Pahlawan Geoffroi de Charnay, Seigner de Lirey.  Walaubagaimanapun ianya hanya dijadikan tatapan umum pada 1389 semasa Bishop of Troyes mengumumkan ianya sebagai "hasil seni seseorang yang mahir dibidangnya"

Pada tahun 1453, anak perempuan kepada Sir geoffroi, iaitu Marguerite menyerahkan kain kafan tersebut kepada House of Savoy yang bertempat di Chambery.  Kain kafan itu bagaimanapun terlibat dalam kebakaran  pada tahun 1532 dan dalam masa yang sama sedikit terjejas akibat terkena simbahan air yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.  Kesannya dapat dilihat di setiap penjuru imej yang tertera.  Pada tahun 1578 barulah ianya dipindahkan ke Turin sehinggalah kini. 

Buat pertama kalinya imej yang tertera pada kain kafan tersebut dapat dikenalpasti pada tahun 1898 apabila seorang jurugambar Secondo Pia mengambil gambar kain tersebut.  Beliau teruja dan apabila imej dilihat dari jarak jauh, ia semakin jelas dan nampak lebih natural dalam photographic negatif.  Malah menyerlahkan kualiti gambar berbentuk 3D.  Selepas itu, kajian demi kajian dibuat oleh pelbagai pihak.


Pemeriksaan pertama yang melibatkan kain tersebut dikendalikan pada tahun 1970an dan dikenali sebagai Shroud of Turin Research Project (STURP).  Ia dikendalikan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh ahli fizik John P. Jackson dari University of Colorado.  Kumpulan penyelidik ini telah berjaya mengenalpasti 'kesan' yang ada di atas kain tersebut adalah konsisten dengan sekujur tubuh manusia yang disalib dan ia dibentuk oleh kesan darah.  Imej yang ditemui oleh para penyelidik juga mengandungi imej 3 dimensi (3D) seseorang.  Namun, mereka tetap tidak dapat menerangkan bagaimana ia berlaku walaupun beberapa teori telah dikemukakan.

Pada 1988, saintis membuat sampel ujian radiokarbon. 3 makmal bebas telah membuat kesimpulan pertama bahawa  material kain tersebut adalah keluaran zaman medieval.  Kali terakhir bahan sejarah ini dipamerkan kepada umum ialah pada sedekad yang lalu yang mana seramai 3 million orang dari pelosok dunia datang ke Turin, Itali semata-mata ingin melihatnya dari  kain yang  mereka percaya membaluti susuk tubuh Jesus Christ dapat ia dilihat dengan jelas kesan darah yang membentuk  imej tubuh manusia. Kain tersebut kini tersimpan di Chapel of Shroud, Turin Itali.
Chapel of Shroud yang kini menempatkan Shroud of Turin


Imej Yang Tertera Sebenarnya Imej Wajah Leonardo Da Vinci???..


Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa imej wajah yang tertera di atas kain kafan tersebut merupakan imej wajah pelukis terkenal di zaman Rennaisance iaitu Leonardo Da Vinci.   Menurut pakar grafik dari Sekolah Seni Visual New York, Lilian Schwartz (orang yang sama mengenalpasti imej wajah Leonardo Da Vinci pada lukisan terkenalnya 'Monalisa' pada 1980an), turut menggunakan teknologi komputer dengan teknik pertindihan imej dan mendapati bahawa imej pada kain kafan Turin mempunyai persamaan dimensi dengan Da Vinci.  Malah beliau (Schwartz) begitu gembira dengan penemuan tersebut dan secara peribadi beliau sangat yakin Shroud of Turin tidak lebih hanyalah salah satu hasil seni Leonardo Da Vinci.

Pandangan Dari Sudut Islam Bagaimana?....

Sudah tentu sebagai seorang muslim yang berpegang pada Al-Quran, teori mengenai Kain Kafan Turin tidak dapat diterima sama sekali. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T melalui surah An-Nisa ayat 157-158:-

"dan kerana ucapan mereka: "sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.  Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan Isa,) benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu.  Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengkuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.  Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya"

Nota: Semua yang dipaparkan ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat  kita bersama. Ia supaya kita tidak mudah menerima apa sahaja maklumat tanpa kita selidiki kebenarannya terutama yang membabitkan akidah sebagai seorang Islam.  Islam agama yang lengkap dengan panduan melalui Al-Quran dan hadith.  Adakala kita dapati sesuatu kejadian diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran walaupun Al-Quran itu telah turun berabad-abad SETELAH sesuatu kejadian itu berlaku mahupun berabad-abad SEBELUM kejadian itu berlaku.

Sekian, wassalam.


Sunday, February 20, 2011

Dalam Lautan Terdapat Sungai???

Assalamualaikum wbt...

Renungkan seketika ayat ini..


 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 



Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)   
     
Maksudnya:  Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)   

Mr.Jacques Yves Costeau.  Dia  seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.  Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. 

Jacques Yves Costeau
(11 Jun 1910-25 Jun 1997)


Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.  Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.  Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. 

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu.  Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .    


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

sungai1 Sungai Dalam laut!!!

Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

sungai2 Sungai Dalam laut!!!

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.  Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,   

Maksudnya:  Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)    

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai. 

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.  Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat.  Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.  Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

sungai3 Sungai Dalam laut!!!


sungai5 Sungai Dalam laut!!!


sungai4 Sungai Dalam laut!!!



Nota:  Tentang pengislaman Mr. Costeau masih menjadi perbalahan umum khususnya penganut Kristian, namun yang saya ingin tonjolkan disini ialah kekuasaan Allah s.w.t dalam mencipta alam semesta ini dan benarlah Al-Quran itu Kalam Allah.....supaya menjadi renungan kita bersama.