Assalamualaikum wbt..
Kita biasa dengar mengenai "Kebaikan Bersedekah", tetapi sebagai seorang Islam, sedekah kita selalunya hanya terhad untuk mendapatkan pahala yang merupakan ganjaran di hari muka (akhirat). Betul...niat dan konsep tersebut tidak ada salahnya. Namun, kita selalunya menghadkan kebaikan itu cukup sekadar untuk 'dapat pahala' sahaja. Kita jarang berfikir apa lagi kebaikan yang dapat kita perolehi dari bersedekah ini.
Hingga ada sarjana Islam terkenal pernah berkata "Aku melihat Islam pada Barat, tetapi adakala aku melihat Barat itu ada pada Islam"...
Apa maksudnya?...Dalam konsep bersedekah, orang di negara barat yang tidak mengamalkan cara hidup Islam tahu mengenai ganjaran 10 kali ganda hasil dari pemberian sesuatu yang menjadi milik kita kepada orang lain dengan niat ingin membantu. Ia dipanggil 'Ten Times Seed' atau Benih Sepuluh Kali Ganda. Orang barat memberi kerana mengharapkan adanya kebaikan lain datang kepada mereka setelah mereka menghulurkan sedikit/sebahagian hakmilik mereka tidak kira dalam bentuk wang atau barangan. Tetapi bagi orang Islam, mereka terlupa untuk memanfaatkan lagi kelebihan bersedekah itu untuk kebaikan diri mereka sendiri selain daripada mengharapkan pahala semata-mata.
Allah swt suka jika hambaNYA meminta sesuatu dariNYA...malah DIA tidak suka pada sikap sombong terutama jika kita sebagai hambaNYA tidak meminta terus dariNYA. Sebenarnya, apabila setiap kali kita bersedekah, tidak kira kepada sesiapa pun (adalah lebih afdhal kepada kaum keluarga kita sendiri), sebelum memberi, kita niatkan di dalam hati dengan memohon pada Allah SWT agar dengan bersedekah itu, Allah kurniakan kebaikan yang kita hajatkan dalam hati.
Misal contoh: Sebelum kita memberi duit sekolah kepada anak-anak kita pada hari itu, kita boleh niatkan "Ya Allah, dengan rahmatMU dan keredhaanMU Ya Allah, dengan bersedekah ini KAU mudahkanlah pekerjaanku sepanjang hari ini" atau "Ya Allah, dengan rahmatMU dan keredhaanMU Ya Allah, dengan bersedekah ini, KAU sihatkanlah tubuh badanku ini kerana aku sering rasa keletihan dan kurang sihat"
Malahan, ia bukan terhad ketika hendak memberi duit sekolah kepada anak-anak sahaja, malah walau di mana pun dan kepada siapa pun kita bersedekah, gunakan peluang dan ruang itu untuk memohon ihsan dari Allah SWT...selain dari pahala, kita akan dapat lihat kesan 10 kali ganda itu pada diri kita sendiri. Amalkanlah mulai hari ini dan saat ini...insyaAllah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang rajin meminta.
Tetapi...perlu diingatkan, setelah memberi, jangan diungkit pemberian kita itu. Ini selain dari konsep 'ketidakihklasan' yang kita tahu sudah pasti tidak membawa sebarang ganjaran pahala, ia juga sebenarnya menukarkan tenaga positif akibat bersedekah itu kepada tenaga negatif. Kerana setiap perbuatan dan amalan mempunyai tenaga yang tersendiri. Maka, bersedekahlah dengan seikhlas hati.
Sekian, mari kita sesama beramal.
No comments:
Post a Comment