Tuesday, March 15, 2011

Terapi Air: Molekul Air Terbentuk Mengikut Tenaga Positif atau Negatif Yang Kita Ucapkan...

Assalamualaikum wbt...

Ingin saya kongsikan bersama maklumat bermanfaat pagi ini dengan satu lagi jenis terapi yang jarang-jarang kita dengar atau belum pernah mendengarnya.

Apa dia? Iaitu TERAPI AIR...

Sepertimana kita semua sudah sedia maklum, sebanyak 70% kandungan muka bumi ini adalah AIR.  Begitu juga dengan tubuh badan kita>>>70% daripadanya adalah AIR.  Kita memerlukan air setiap hari.  Tapi kita jarang mengambil tahu tentang manfaat air kerana ia telah menjadi sebahagian dari hidup kita.  Nak memasak kena guna air, nak minum kita cari air, nak membasuh, nak mandi...pendek kata, semuanya menggunakan air.

Perasan tak kalau sesetengah orang dalam masyarakat kita yang ingin menggunakan khidmat 'orang ketiga' dalam perawatan tradisional seperti contoh bomoh atau pun orang alim yang kita panggil 'ustaz', pun...mereka menggunakan air.  Sebab apa??? Ini kerana air mempunyai tenaga dan gelombangnya sendiri. Malah air juga hamba Allah yang boleh mendengar dan tetap berzikir dengan Penciptanya yang Maha Agong.

Jika kita dirundung kesedihan...ataupun dalam keadaan kurang sihat, sebenarnya kita boleh mengubati diri kita sendiri dengan cara memohon pada Allah Swt sebagai pencipta kita dan pemberi pertolongan yang tiada tolok bandingnya.

Bagaimana? dan apa kaitannya dengan air?

Mudah sahaja. Sebelum kita ingin tidur pada malam hari, sediakanlah segelas ataupun sebotol air lalu sebelum minum kita berdoa kepada Allah SWT dan ucapkanlah "Ya Allah, aku mohon supaya bantulah aku yang di dalam kesedihan/kesakitan/kebimbangan ini melalui air yang kuminum ini"  kemudian....bercakaplah dengan air yang ingin kita minum itu tadi (cukup sekadar diri sendiri mendengarnya.  Tak perlu cakap kuat hingga orang lain dengar bimbang diketawakan) dan cakaplah apa sahaja seperti contoh:

"Air...boleh tak bila kau masuk dalam perut aku ini nanti, kau tolong la adjust apa yang patut dalam perut aku ni.  Perut aku ni rasa tak selesa sejak semalam".  Kemudian minum seperti biasa. Tinggalkan sedikit lebihan air yang diminum itu supaya dapat digunakan semasa bangun dari tidur nanti.

Atau, kalau kita dalam kegelisahan disebabkan sesuatu perkara pun kita boleh bercakap dengan air tersebut seperti contoh:

"Air..air...aku ni sedang dalam kesedihan yang amat sangat sebab bos baru lepas mengamuk. Boleh tak bila kau masuk ke dalam tubuhku ini, kau tolong la hilangkan rasa sedih aku ni.." (Perlu diingat, nak bercakap dengan air pun, perlu dahulukan permohonan kepada Allah SWT).

InsyaAllah, jika kita jadikan ini amalan, kita akan dapat lihat hasilnya pada diri kita sendiri....

Nota:  Kita adalah apa yang kita fikirkan....oleh itu, sesuatu yang positif yang kita niatkan, ucapkan dan tanamkan dalam fikiran akan mempengaruhi hasil yang positif juga.  Namun, ada yang bertanya..."kenapa jika kita ingin melupakan seseorang, semakin kita lupakan, semakin dekat ingatan kita pada orang itu???"  Ini adalah kerana faktor 'Penarikan' yang terjadi.  Kita sebenarnya menyebut dengan lidah untuk melupakan orang itu.  Tetapi kita tidak niatkan dalam hati dan kita tidak fokuskan difikiran kita untuk melupakannya.  Apa yang terjadi, kita semakin 'menarik' orang itu dalam fikiran kita untuk diingati.  Jadi kalau ini terjadi, cubalah lakukan TERAPI AIR sepertimana di atas..molekul air itu sebenarnya boleh berubah-ubah gelombangnya mengikut ucapan dan niat positif atau negatif kita. Kita boleh lakukannya sendiri tanpa pihak ketiga.  Buat apa kita gunakan orang lain untuk memohon pertolongan Allah SWT kerana Allah sendiri suka jika hambaNYA memohon sendiri secara terus dariNYA.

* Satu lagi petua yang saya perolehi dari seorang pakar motivasi di radio IKIM fm, jika kita duduk-duduk ingin minum bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja, ucapkanlah perkara yang baik-baik dihadapan minuman tersebut. Ini kerana apa yang kita ucapkan akan mengubah molekul air yang terbentuk.  Sebab itu, jika disekolah pun, air minuman anak-anak yang kita bekalkan kepada mereka sebenarnya bagus untuk diri mereka kerana air itu akan menyerapkan tenaga positif dari ucapan guru-guru baik tersebut.  Maka guru juga sepatutnya mengucapkan perkara baik sepanjang masa dia mendidik.  Subhanallah....

Masih ragu-ragu???

Sila baca petikan dibawah ini yang membuktikan bahawa molekul air boleh berubah mengikut gelombang positif dan negatif....petikan dibawah saya petik dari sebuah blog "Islam Agama Ku"..

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.





                                                            Molekul-molekul air zam-zam

No comments:

Post a Comment